SEBARKAN ILMU, SEMARAKKAN AMAL BAIK

SINAR REMANGNYA TERIK MENTARI,DIJURAI ANGIN MALAM TERLUKIS SETIAMU.
KUNJUNGAN RINDU MENYATU ALAM RINDU
CINTA MADINAH SEMERBAK HARUM
SEMARAK DALAM JIWA YANG SATU
---------------------------------------------------
CIKGUJANA: TUGASAN BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DAN LIMA

Saturday, May 26, 2012

PEMAHAMAN PROSA KLASIK 2

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 2012
SMK SULTAN ISMAIL
SOALAN 2: KOMSAS

Soalan 2(b)- Petikan  Cerpen
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
            Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh ceper yang melanda padi.  Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah sudah kering.  Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan
kubang di sawah kering.  Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.
 Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali.  Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi.  Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir.  Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh kerana air Ceper benar-benar tohor.
Ibu mengamuk juga.  Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua.  Baruh habis kering.  Padi pun kecut di dalam sawah.  Yang sudah mengunung boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk-tunduk.  Tapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu sahaja.  Yang kuning pun Nampak saja besar biji-biji padinya, tapi banyak yang hampa  kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.
Cerpen Ibu dan Ceper
Shahnon Ahmad
Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009

                                i.            Nyatakan kesan kemarau  pada Sungai Ceper.
[2 markah ]

                              ii.            Andaikan anda seorang pegawai pertanian, apakah cadangan-cadangan yang akan anda kemukakan kepada kerajaan untuk menangani masalah penanaman padi yang tidak menjadi pada musim kemarau?
[ 3 markah ]

                            iii.            Huraikan satu latar masyarakat  dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat  daripada keseluruhan cerpen.
[ 4 markah ]
_______________________________________________________________
Soalan 2(c)- Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar.  Mereka kenal itulah suara Awang Sulung.  “Hai, baru ini kita kiamat,  kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!”  bisik mereka sesama sendiri.

“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahwa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya.  Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan  rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu.  Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah  patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lalgi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial
kepada patik?  Sebenarnya dagang yang hina inilah menjadi tawanannya.  Dia seorang pahlawan yang handal.”
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka 2009

        i.           i. Berikan maksud berhutang rial.
[ 2 markah ]

      ii.            ii.Mengapakah Awang Sulung tidak memberitahu lanun-lanun itu tentang perlayarannya?
[ 3 markah ]

    iii.            iii.Sekiranya anda Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, apakah yang akan anda lakukan setelah mengetahui Awang Sulung ialah penghulu kepada lanun-lanun yang menyerang geliung panjangnya?
[ 3 markah ]
___________________________________________________________________________

Soalan 2(d)- Sajak
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MENGINTAI RUANG INSAF

Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu  nur-Mu



Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku  tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang

Sekadar songsong aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna
“Apakah dalam saraf khilaf
Masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”

Rabb,
Moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala


Shukri Abdullah
Sesudah Hujan Dahlia , 2002
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka 2009


        i.          i.  Berikan maksud bait keempat sajak di atas.
[2 markah]

      ii.            ii.Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada sering melakukan dosa kepada tuhan.
[ 3 markah ]

    iii.            iii.Jelaskan dua pengajaran daripada sajak di atas.
[ 4 markah ]

Sunday, May 13, 2012

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA: PROSA KLASIK 1

ANTOLOGI  HARGA REMAJA
PROSA KLASIK

TUGASAN 1

SOALAN PEMAHAMAN  1
Baca petikan di bawah dan jawab semua soalan
                Geliung panjang kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah lautan dalam bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus tali.  Oleh sebab terlalu lajunya,  seluruh isi geliung itu habis muntah-muntah dan mabuk.  Hanya tiga orang saja yang tidak mabuk iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menjadi jurumudi, Si Kembang Cinanya dan Awang Sulung Merah Muda yang masih comot dan hitam itu.
                “Hai Kembang Cina, pergilah kaupanggilkan budak hitam itu suruh ganti tempat beta ini, beta sudah tersangat letih!”
                Si Kembang Cina pergilah mendapatkan Awang Sulung.
                “Eh, gilakah kakak Kembang ini, minta orang bayar hutang di tengah lautan!  Apabila sampai ke daratan bolehlah hamba menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau menjadi penyapu rumah.”
                Si Kembang Cina berlari-lari mendapatkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyampaikan cakap Awang Sulung itu.
                Si Kembang Cina pun bersuara kepada Awang Sulung dengan lemah lembutnya, “Wahai orang muda,  Pak Bongsuku, tolonglah ambil tempat Tuan Puteri menjaga kemudi itu, kerana Tuan Puteri terlalu letih!”
Matlob (Penyelenggara)
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm. 44-61,1977
Oxford Fajar Sdn. Bhd.


i.                     Berikan maksud perkataan mendapatkan dalam petikan di atas.
( 2 markah )

ii.                   Apakah yang berlaku semasa geliung meluncur laju membelah lautan?
( 3 markah )

iii.                  Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung berdalih ketika diminta
Oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi geliung ?
( 3 markah )