SEBARKAN ILMU, SEMARAKKAN AMAL BAIK

SINAR REMANGNYA TERIK MENTARI,DIJURAI ANGIN MALAM TERLUKIS SETIAMU.
KUNJUNGAN RINDU MENYATU ALAM RINDU
CINTA MADINAH SEMERBAK HARUM
SEMARAK DALAM JIWA YANG SATU
---------------------------------------------------
CIKGUJANA: TUGASAN BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DAN LIMA

Wednesday, July 18, 2012

HIKAYAT INDERA NATA-PEMAHAMAN

LATIHAN PEMAHAMAN
Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruh lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata Seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu raksasa itu!”
Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”
Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”

i. Berikan maksud rangkai kata bercintakan dirinya.
( 2 markah )

ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabila Indera Nata sampai ke tepi laut ? ( 3 markah )

iii. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman ini, apakah kelebihan-kelebihan yang mesti dimilikinya jika ingin berjaya?
( 3 markah )



___________________________________________________________________


Soalan-soalan tambahan

a. Pada pendapat anda, mengapakah Indera Nata  membawa pulang ketujuh-tujuh orang puteri ke   
    rumah bondanya ?
P1 untuk menemani bondanya yang kesedihan setelah berpisah dengan suaminya.

P2 untuk menyembunyikan ketujuh-tujuh orang puteri yang baru diselamatkannya
      orang jahat yang lain

P3 sebagai tempat persinggahan sebelum ketujuh-tujuh orang puteri dipulangkan kepada ibu bapa 
     masing-masing

P4 rasa bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.

P5 untuk mempunyai masa yang mencukupi bagi menyiasat asal usul ketujuh-tujuh orang puteri 
     sebelum dipulangkan kepada ibu bapa masing-masing



b. Pada pendapat anda, wajarkah Indera Nata menyembunyikan diri semasa raksasa berada di   
    dalam mahligai?

Wajar:
P1 sebagai strategi menyelamatkan ketujuh-tujuh orang puteri
P2 kerana di dalam mahligai hanya dihuni oleh tujuh orang puteri sahaja
P3 tidak mahu berlaku pertumpahan darah /tidak mahu membahayakan ketujuh-tujuh orang tuan puteri
P4 Indera Nata tidak mampu menentang raksasa yang terlalu besar saiznya
P5 sebagai bukti bahawa Indera Nata memang datang untuk menyelamatkan mereka

Tidak wajar
P1 menggambarkan seorang lelaki yang pengecut
P2 ada batu hikmat pemberian Betara Gangga yang boleh digunakan pada bila-bila masa
P3 berada di situ terlalu lama yang boleh menyebabkan raksasa mengesan kehadirannya di dalam 
     mahligai




c. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman moden ini, jelaskan strategi yang dapat baginda ambil untuk menyelamatkan diri dan ketujuh-tujuh orang puteri tersebut?

P1 mengunakan alat pengesan satelit untuk mengesan tujuh orang puteri tersebut

P2 menggunakan helikopter berteknologi tinggi untuk misi menyelamatkan ketujuh-tujuh orang puteri tersebut

P3 menggunakan khidmat pasukan polis dan tentera untuk menyelamatkan ketujuh-tujuh orang puteri

P5 menggunakan bom pemedih mata untuk melemahkan kedua-dua raksasa agar tugas  
      menyelamatkan ketujuh-tujuh orang puteri menjadi mudah.

P6  menubuhkan pasukan penyamar yang boleh memasuki mahligai bagi mengkaji plan mahligai 
      sebelum misi menyelamatkan ketujuh-tujuh orang puteri



MERAH SILU- PEMAHAMAN

PROSA KLASIK: MERAH SILU
ANTOLOGI HARGA REMAJA
TEKS KOMSAS TINGKATAN 4
A)     Berikan maksud rangkai kata/kata di bawah
  1. muslihat kerbau jalang= menjinakkan kerbau liar
  2. perkenakan kerbau      =  memperdaya kerbau
  3. diamlah                          = tinggal/duduk/menetap
  4. hilanglah                        =  mati/mangkat
  5. picik                                 = sempit
  6. kersang                           = gersang/kering
7.              7. bantun                             = mencabut dengan kuat

B)      SOALAN PEMAHAMAN:  ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR
                                            ( MEMBUAT TAAKULAN BERDASARKAN TEKS YANG DIKAJI)
  1. Pada pendapat anda, mengapakah  Megat Iskandar mahu merajakan Merah Silu di Buluh Telang?
·         Merah Silu banyak luas pengetahuannya kerana sering mengembara.
·         Merah Silu seorang yang pemurah kepada rakyat biasa /disukai rakyat/pandai mengambil hati rakyat
·         Merah Silu sudah mempunyai angkatan tentera ketika sampai ke Buluh Telang maka boleh menjaga keselamatan Buluh Telang dengan efektif.
·         Merah Silu seorang hartawan yang mampu memajukan ekonomi Buluh Telang dengan pelbagai kegiatan perdagangan

  1. Apakah tindakan yang lebih baik diambil oleh Merah Hasum daripada menghalau Merah Silu dari negeri Beruana?
·         Merah Hasum boleh melantiknya menjawat jawatan penting dalam pentadbiran negeri Beruana.
·         Mencadangkan kepada Merah Silu agar membuka ladang ternakan kerbau kerana Merah Silu boleh mendapatkan bekalan kerbau dengan mudahmenjadi ahli perniagaan

  1. Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Maliku’l-Nasar tidak bersetuju dengan perlantikan Merah Silu sebagai raja oleh Megat Iskandar?
·         Merah Silu tidak mempunyai pertalian persaudaraan dengan keluarga Sultan Maliku’l-Nasar dan Megat Iskandar
·         Merah Silu tidak tahu akan adat resam dan budaya rakyat di negeri Buluh Telang
·         Anak cucu Sultan Maliku’l-Nasar lebih layak menjadi raja di Buluh Telang kerana merupakan ahli keluarga dengan Megat Iskandar/ Megat Iskandar mesti mendahulukan keluarga sendiri dalam hal ehwal pemerintahan negeri.
·         Sultan Maliku’l-Nasar sendiri mahu memerintah Buluh Telang
·         Asal usul Merah Silu tidak begitu diketahui oleh Megat Iskandar/tidak begitu mengenali peribadi Merah Silu
·         Merah Silu dianggap seorang anak raja yang suka berfoya-foya semasa tinggal di Beruana , jadi tidak mungkin Merah Silu dapat memerintah dengan bersungguh-sungguh./suka berlibur dengan aktiviti bersabung ayam ketika sampai di Buluh Telang menimbulkan rasa tidak yakin Sultan Maliku’l-Nasar tentang kebolehannya memerintah negeri

  1. Wajarkah Merah Silu menerima tawaran Megat Iskandar yang mahu melantiknya menjadi raja?
WAJAR
·         Merah Silu  memang keturunan raja bermakna sudah ada daulat.
·         Disukai oleh rakyat Buluh Telang
·         Ada angkatan tentera yang taat kepadanya
·         Banyak pengetahuan tentang tempat-tempat di berhampiran Buluh Telang contoh Ulu Semenda/ kedudukan geografi Buluh Telang
·         Hartanya boleh digunakan untuk membangunkan /memajukan Buluh Telang

TIDAK WAJAR
       Merah Silu tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan keluarga Megat Iskandar
       Orang dagang yang tidak mahir tentang adat resam Buluh Telang
       Dihalau keluar dari negeri Beruana oleh Merah Hasum kerana perangainya yang suka berfoya-foya menimbulkan kemarahan rakyat Beruana , dianggap tidak layak menjadi raja.
       Untuk mengelak perpecahan keluarga antara Megat Iskandar dengan Sultan Maliku’l-Nasar.